Monday 7 May 2012

Jom Debat Bersih 3.0: Frequently Ask Question (FAQ)


uhuk..uhuk..(batuk orang tua)

Memandangkan isu Bersih 3.0 masih lagi diperkatakan dan aku terdengar juga mungkin aka nada lagi perhimpunan- perhimpunan kecil selepas ini  wallahuaqlam. Oleh yang demikian aku gagahi untuk cuba mengupas beberapa persoalan FAQ orang awam mengenai Bersih 3.0. Kupasan yang bakal dibuat bukannya terlalu menyeluruh namun sekadar cuba menjawab beberapa persoalan yang sering puak Bersih 3.0 menjadikannya sebagai modal mereka.

     1.  Kenapa sokong Ambiga??
Terang lagi bersuluh bahawa Ambiga merupakan pejuang tegar LGBT? Lepas ni ada pulak yang tanya apa itu LGBT? Ayooo. LBGT tu, lesbian, Gay, Bisexual and Transgender. Clear? Mereka semua ni betul ke sokong Bersih? Pandangan aku la kan, ramai yang join ke perhimpunan tu terdiri daripada  golongan anak muda remaja yang aku rasakan tidak tahu pun apakah tujuan Bersih dan langsung tidak tahu apakah 8 tuntutan Bersih tu. Cuba Tanya, memenag dorang tak tahu. Dah tu kenapa dorang semua join?? Mestilah nak memeriahkan lagi majlis.. tak gitu. Dapat bertumbuk, bertempur, bergaduh. Lihat pemimpin yang dikatakan akan meneraju Bersih ni, iaitu Ambiga. Namun terdapat bukti video- video di Youtube dapat dilihat dengan jelas, pendemo menerima arahan dari Anwar untuk merempuh galangan yang telah dibina oleh pihak berkuasa. Ermm.. siapa bos sebenarnya? Anwar ke Ambiga. Let’s think about it.

    2. Perjuangan Bersih tu bukannya nak menentang pilihanraya yang adil dan telus sangat pun. Lebih kepada propa pihak pembangkang untuk raih sokongan sempena pilihanraya bakal datang.
Perjuangan Bersih merupakan propa pihak pembangkang sahaja. Wujudnya perhimpunan Bersih 3.0 ni hanyalah sekadar mahu memburukkan keadaan dimana mereka mahu menunjukkan keburukan pihak kerajaan dalam memenuhi hasrat dan kehendak semua rakyat katanya disamping memperlihatkan kegagalan pihak berkuasa terutamanya pihak polis. Of course la.

   3. Kalau pilihanraya tidak telus, macam mana PRU sebelum ini 5 negeri pembangkang boleh tawan 5 negeri.
Fikir logikla, jika kita yang sedang berkuasa tidak dengan semudah mudahnya kita akan sengaja mahu mengubah undian dengan sengaja, hanya kerana mahu menunjukkan kita telus dengan mengurangkan jumlah undi dan menampakkan kita adil. Jika itu berlaku kita hanya membuka jalan kepada pihak lawan untuk lebih lagi berusaha menguasai kita. Lagi banyak kerja dowww.  Fikirlah. Ayoo.  

  4. Bersih? Apa kejadah bersihnya.. mengotorkan je. Penuh sampah atas jalan. Tu belum lagi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh DBKL. Harta benda awam, bukan ke duit kita?
Selepas sahaja perhimpuna bersih, apa yang ditinggalkan? Cuba tengok balik. Sampah sarap bersama- sama harta- harta awam yang rosak. Pesertanya banyak katanya..tapi yang dok kutip sampah lepas tu sorang jer, aku tengok gambar kat internet gambar pakcik kutip sampah pakai baju kuning.. yang lain mana? Haha


   5. Katanya ada paderi yang join perhimpunan Bersih 3.0 sambil bawak salib. Apa maksud tu?
Agenda pihak luar sentiasa ingin memecah belahkan kita kaum Muslimin. Sehingga kiamat mereka tidak akan berhenti memecah belahkan kita. Teori Freemason mungkin kebanyakkan kita hanya menganggapkannya sebagai teori kosong dan teori bodoh yang palsu. Al-Quran telah menjelaskan segala- galanya. Kita masih meremehkan hal ini. Kunjungan aku ke Vatican City Italy beberapa ketika dulu membuka mata dan minda aku betapa mereka dengki dan busuk hati terhadap Islam. Old Testament Bible di pamerkan di dalam kaca berupa kertas berjuta tahun dahulu yang masih jelas boleh dibaca walaupun dalam tulis Juwish. Ayat pertama apabila di alih bahasa “kita hendaklah mempertahankan The Holy land”. Mana tu? Itulah Palestin. Dengan memecahbelahkan kaum Muslimin di atas muka bumi ini, mudahlah mereka meruskan agenda mereka merampas palestin dari Islam. Fikirlah sejenak.

hakikat..
6.   Islam sama Islam bergaduh
Bagaimana mahu Islam tertegak dengan megahnya, jika kita sesame Muslim bergaduh antara satu sama lain. Kita sendiri penganut Islam gagal menunjukkan imej yang yang sepatutnya pada pandangan masyarakat lain. Apa kita nak jawab di akhirat nanti apabila ditanya mengenai hubungan kita sesame Islam tidak dijaga.

ermm..
7.   Mana Malaysia yang aman seperti dulu
Memang benar. Malaysia sudah tidak seperti dahulu. Tiada pergaduhan sesame kita, tiada perhimpunan- perhimpunan yang seperti sekarang.

    8.   Menyusahkan semua
Betul Menyuashkan semua. Sogo tutup. Semua premis di sekitar Jalan TAR dan Masjid India ditutup. Hari Sabtu elok- elok nak keluar pergi Sogo, Jalan Masjid India, bersiar- siar kat KLCC dah terpaksa duduk je di rumah tak dapat menjalankan aktiviti riadah dihujung minggu bersama keluarga. Kesesakan jalan raya tak payah nak cakap la.

     9.  Tak demo tak boleh ke? Bincang musyawarah elok- elok boleh kan.
Zaman nabi tak de pun demo- demo ni bagai. Semuanya secara musyawarah.  

    10. Polis bertindak liar
Aik? Mana satu liar ni. Kita ingat polis sengaja ke nak buat kerja lebih dari kerja hakiki dia. Dorang dah memang banyak kerja pun. Memang tidak di nafikan terdapat anggota polis yang bertindak diluar bidang tugasnya dengan memukul pesalah lebih dari yang sepatutnya. Itu aku pun bantah tindakan dorang. Macam jugak peserta dan pendemo Bersih 3.0 yang 80% memang bersikap liar dan kurang ajar apabila mula melanggar arahan Mahkamah yang memberi mereka kebenaran untuk berhimpun secara aman. Tu korang tak nampak pulak.  
    

Motif? pelik betol 

1 comment: