Monday 7 May 2012

Bertumbuk: Lu Langsi Lu Mati? Gua gangster ada berani?

Best siot kalau dapat pukul orang? Tambahan kalau masa tengah marah membuak-buak! Dapat belasah orang tu memang tak ingat dunia, belasah sampai lunyai. Mestinlepas tu akan rasa bangga and kuat giler la. Tapi lepas tu, mesti kita akan rasa bersalah sangat sebab pukul dia ( tu pun, kalau dalam hati masih ada iman dan sifat belas). Kalau tak rasa apa- apa tu memang kau zalim la. Lu kasi pukul sama lia, lu bangga..canang satu KL itu budak sudah habis lu kerja..manyak langsi la lu.Memang nampak la lu memang macam itu budak hingusan mau up..lu tau?? First time lu pukul ka?? 

Ramai- ramai pukul sorang..bacul

 Lu Gangster? 

Pukul macam gangster bukan fighter sejati dowh. Lu hanya berani pukul bila lu ramai. Lu banayk langsi bila lu ada Kabel besar. Bila lu sorang??? Lu GOYANG dow! Haha. Memang betul bersatu kita teguh itu sifat terpuji. Ramai gaduh ramai, itu cerita lain. Tapi, kalau ramai-ramai pukul sorang tak payah nak bangga la beb. Belum lagi part guna pistol. Itu sifat orang pengecut. Kalau lu rasa mau tunjuk power sangat, one by one la kan. Baru ada ball. Kalau lu sorang bantai ramai macam Tony Jaa tu, lagi gua respek. Itu lagilah betul-betul super duper power rangers!

 Lu sedar ke tak?? Lu hanya diperguna oleh orang-orang atas. Lu punya brader hello lu orang kumpul budak turun bila ada job. Sedangkan lu punya brader rileks lepak kat Aloha sambil togak air botol cap Harimau. Ini sifat brader yang tidak bertanggungjawab. Lu orang pulak berjuang mati-matian kononnya, sampai lebam berdarah sana-sini. Lu punya kepala taiko tak payah cakaplah. Ok, dah nama pun big boss. Kasi la can beliau goyang kaki kan?? Tapi, jika hendak dibandingkan dengan dulu, kaedah perang dia punya kepala duduk depan sekali. Rasulullah ke, puak parsi ke, Rom ke, Spartan ke, dia punya ketua atau panglima DUDUK DEPAN SEKALI woooooo!! 

Firaun dulu pun bila perang dia duduk depan sekali. Tapi zaman sekarang, dia punya kepala cuma rileks dalam bilik aircond. Pantau saja dari jauh pakai binocular. Bagi order guna walkie-talkie sambil makan choki-choki dengan Tora. Hipotesis yang dapat dibuat, semakin tinggi pangkat lu, semakin ke belakanglah lu ketika bertempur. Tapi, apa boleh buat. Itu dah memang adat gaduh cara triad. Peduli apa sejati ke bacul. Janji puas hati. Tapi kan, lu still boleh table talk. 

genji Takiya.... contoh taiko berkaliber...Berada didepan sekali bila bertempur. 

 Fighter Tulen

Lu pernah tengok tak fighter bertumbuk kat dalam gelanggang. Cukuplah la lu tengok kat dalam filem. Fighter sejati takkan bertempur guna senjata kalau lawannya tangan kosong. Katakanlah senjata yang dipegang  lawannya terjatuh pun, dia akan kutip dan serah balik pada tuannya. Sebab dia tidak mahu perlawanan berlangsung dalam keadaan berat sebelah. Jika dia menang dengan cara kotor dalam perlawanan yang berat sebelah, kemanisan kemenangan tidak akan dapat dirasai. 

Lu rasa best ke menang guna taktik kotor? Fighter sejati juga tidak akan lanyak lawannya yang sudah lemah hingga mati. Lawan yang tewas juga akan mengiktiraf kemenangan pihak lawannya dengan rela hati disusuli dengan jabat tangan. Silap-silap boleh lepak minum kopi semeja makan roti canai. Mereka bergaduh hanya pada tempat yang sepatutnya. Bukan meleret-leret berdendam melibatkan semua perkara. Tak dapat yang dicari, dibunuh pula family yang dicari. Itu cara kongsi gelap. Seorang fighter sejati hanya tunjuk kuat dalam gelanggang. Bukan pada tempat lain dan juga bukan di keyboard. Tak payahla Lu nak pukul-pukul orang. 

IP Man.. contoh watak fighter sejati

Tak payahla lu nak gaduh bertumbuk. Lu orang hanya dapat sakit. Sedangkan syaitan bergembira tepuk tangan sambil menyanyi lagu Lady Gaga bila tengok umat Islam gaduh. Gunalah kekuatan dan kesamsengan yang ada dalam diri lu orang tu untuk melaksanakan tanggungjawab lu orang sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Allah turunkan kita kat muka bumi ni untuk bantu dan tegakkan agama Dia. Bukannya bergaduh sesama manusia. Fighter yang benar-benar sejati adalah yang dapat mengawal nafsu amarah dan bersabar.

 “Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari 

 p/s : Penggunaan kata gantinama 'lu gua' dalam entry ini sekadar ingin membangkit mood gangster. hehehe.

No comments:

Post a Comment