Saturday 28 January 2012

Dato Siti Nurhaliza salah teknik @MHI TV3, LIVE!!! hahaha cute ;)

Penyanyi Asal DORAEMON. CUTE gilerrrrRR!

Anwar- “Saya sokong usaha melindungi keselamatan negara Israel” errrR.



 

Sama- sama kita nilaikan apakah yang diperkatakan oleh DSAI ini. Korang bacalah sendiri..dan renungkan apakah jenis DSAI ni..lidah bercabang..


Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel tetapi tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Anwar menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwar berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya.
AIDCNews – 27/10/12 

Wednesday 18 January 2012

Twitter ugut bunuh adik- Azwan Ali ditahan polis

Twitter AA..panasszz

Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.
“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 


Namun air dicincang tak akan putus.. 
...berdamai adik beradik ni selepas 7 tahun.. Alhamdulillah
Azwan Ali siang tadi tampil dengan dua akuan bersumpah. Pertama  berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda. Dan kedua  memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di laman sosial twitter. 


Mengakui ada tukang hasut  beliau turut memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Serentak itu, Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu selepas merasa keselamatan dirinya terancam susulan ugutan bunuh dan bakar oleh abangnya.
Dua beradik ini bersengketa sejak tujuh tahun lalu. Mereka kini komited meleraikan kemelut termasuk merayu seorang lagi abang mereka Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kembali ke pangkuan keluarga. Azwan juga mungkin akan menutup akaun twitternya kerana mendapat kecaman ramai.



Monday 16 January 2012

Twitter Anwar di 'hack'!

Laman mikroblog popular, Twitter, milik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dipercayai digodam oleh individu yang berjaya memperolehi kata laluan akaun miiknya kira-kira lima jam lalu.

Menurut Hizwan Ahmad, akaun Twitter Anwar dikesan digodam kira-kira jam 1:35 pagi tadi dengan mesej yang dihantar berbunyi:

@anwaribrahim U langsung tak jawab

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard juga mengesyaki akaun Twitter Anwar digodam namun masih menunggu pengesahan selanjutnya.

Dia hanya me"retweet" twit yang dihantar oleh Hizwan sebentar tadi.

Ramai pengikut Anwar di Twitter hairan dengan mesej yang dihantar oleh "Anwar" hinggakan masing-masing tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, sama ada Anwar benar-benar sedang membalas Twitter pengikutnya atau memang sudah digodam bertujuan untuk memberi kekeliruan kepada pengikutnya.

Setakat jam 7 pagi tadi, Anwar sudah mempunyai lebih 125 ribu pengikut di Twitter di seluruh dunia.

Lagi laporan lanjut menyusul.... check it out! ;)

Sunday 15 January 2012

Build the #ChurpChurp community with your friends & be the first to share the latest promotions!

Build the #ChurpChurp community with your friends & be the first to share the latest promotions!

Food lovers? Share your food reviews and be rewarded at the same time by Openrice.com! #MakanNShare

Suka makan?? Jom kita tengok apa yang kita boleh mencekik. Check this out!!

Find out what Nico Rosberg thinks is the hardest bit of being an F1 driver #PetronasMotoGP #PETMOS

Find out what Nico Rosberg thinks is the hardest bit of being an F1 driver #PetronasMotoGP #PETMOS

Ugut BOM heli Najib, student USM cari pasal!!

Inilah dia.. hero USM..
rasanya dia ni just joking..tapi jenis tak pikir effect, ha..masaklah kau!

Mungkin dia ingin bergurau tetapi gurauannya silap. Silap kerana gurauannya menjadi ugutan. Mungkin juga dia begitu bersemangat bencikan Najib, mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki PM Najib ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.   Akibatnya dia ditahan.
 Cepatnya tindakan dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!! 



Dia penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan berusia 23 tahun. Dia ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Melalui carian di Facebook pelajar itu dikenali sebagai Janartana V Chandra. Bandingkan imej dengan imej yang disiarkan Sinar Harian.
Conversation mereka..
p/s:... lu pikirlah sendiri..sebab mulut badan binasa. ;) chill

KORUPsi Vs V Vandetta

Sesebuah negara yang korup pasti akan terasa betapa sebuah filem itu berjaya membawa satu dunia kepada satu perjuangan anti korup dan kezaliman. Filem tersebut tidak lain dan tidak bukan berjudul "Vandetta".
Beberapa perhimpunan yang sesetengah pihak yang mengatakan 'haram', menggunakan wajah Vandetta sebagai idola mereka. Kepada yang belum pernah menonton, dapat kan filem ini yang sudah diterbitkan pada tahun 2006, di bintangi oleh Hugo Weaving, Natalie Portman dan Rupert Graves. Arahan James McTeigue.
Tunjuk perasaan di Time Square, New York.

Malam 2012 di Kuala Lumpur
Dipercayai perhimpunan yang berlaku pada malam tahun baru ada kaitan dengan gambar artikel di bawah ini 
ku bukan promo filem ni, tak der komisyen pun, tapi memang filem ni best. Paling best !
Satu lagi wajah ngeri untuk sebuah negara korup ada dibawah ni
hehehe..  

PANAS!! Seorang lagi Anak Muda mengaku diliwat Anwar Ibrahim?

Baru semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Diah Zabidin membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan hari ini muncul pula fitnah yang baru..


Hari ini Blogger Pro UMNO menyiarkan paparan skrin yang mengandungi pengakuan seorang pemuda Indonesia kononnya beliau pernah diliwat oleh DSAI.

Apa yang kononnya ditulis oleh Yuli Arianto seperti yang dipaparkan dalam Blog Pro UMNO itu ialah “Anwar tu pandai rayu sesiapapun hingga orng lena dibuatnya.. bukan je saifil jadi mangsanya.. saya pun dah kena liwat oleh ianya..”

Apa yang tak kena?.. 

Ada ke orang Indonesia lenggok bahasanya bunyi macam tu?

Kalau setakat wujudkan akaun palsu, letakkan gambar pemuda "ganteng", kemudian mengaku diliwat oleh DSAI, tidak payahlah!

Menurut DCM paparan skrin ini sedang berlegar-legar di blog pencacai UMCO yang tidak pernah tahu jalan untuk bertaubat. Gambar di bawah di salin olehbeliau dari blog pencacai dari Taiping.

Yang menariknya.. ada juga pembaca Blog tersebut yang jelas tahap intelektualnya setaraf ternakan di pusat Fidlot Negara menyokong fitnah itu..

Kepada Blogger UMNO yang menyebarkan fitnah tu.. sudah-sudahlah sedara.. dengar cerita dulu dah kemalangan, nasib baik tak mampus!

Takkanlah nak mati dalam keadaan macam hakim yang bersekongkol dengan fitnah liwat yang pertama dulu kot?? Mati dalam keadaan kedua-dua belah kakinya kudung akibat di potong..

Siapa tahu Rahim Noor di mana sekarang?? -sumber:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/panas-seorang-lagi-anak-muda-mengaku.html 

Anwar + HomoSEKSual = ..

Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yamg menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet.


Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu.

Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan .

Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk “Anwar ulas isu Gay”..

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” – Utusan/Mingguan
Manakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu.
.
Dan melaporkannya di bawah tajuk “Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam”..
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.

Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu – Berita Harian.
Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu?