Monday 16 January 2012

Twitter Anwar di 'hack'!

Laman mikroblog popular, Twitter, milik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dipercayai digodam oleh individu yang berjaya memperolehi kata laluan akaun miiknya kira-kira lima jam lalu.

Menurut Hizwan Ahmad, akaun Twitter Anwar dikesan digodam kira-kira jam 1:35 pagi tadi dengan mesej yang dihantar berbunyi:

@anwaribrahim U langsung tak jawab

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard juga mengesyaki akaun Twitter Anwar digodam namun masih menunggu pengesahan selanjutnya.

Dia hanya me"retweet" twit yang dihantar oleh Hizwan sebentar tadi.

Ramai pengikut Anwar di Twitter hairan dengan mesej yang dihantar oleh "Anwar" hinggakan masing-masing tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, sama ada Anwar benar-benar sedang membalas Twitter pengikutnya atau memang sudah digodam bertujuan untuk memberi kekeliruan kepada pengikutnya.

Setakat jam 7 pagi tadi, Anwar sudah mempunyai lebih 125 ribu pengikut di Twitter di seluruh dunia.

Lagi laporan lanjut menyusul.... check it out! ;)

No comments:

Post a Comment