Saturday 28 January 2012

Anwar- “Saya sokong usaha melindungi keselamatan negara Israel” errrR.



 

Sama- sama kita nilaikan apakah yang diperkatakan oleh DSAI ini. Korang bacalah sendiri..dan renungkan apakah jenis DSAI ni..lidah bercabang..


Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel tetapi tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Anwar menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwar berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya.
AIDCNews – 27/10/12 

No comments:

Post a Comment