Sunday 10 June 2012

WWW 1 RM 520 K Untuk Sebuah Satria Neo. Daulat Tuanku.

Nampaknya ramai warga kita yang berminat dengan nombor pendaftaran kenderaan WWW. Apa tidaknya kerana sebanyak 18,243 permohonan  dengan nilai bidaan RM 64,225,838. 51 telah diterima oleh pihak Jabatan pengangkutan jalan (JPJ) sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan bernilai RM 11.3 juta. 

Paling menarik apabila nombor plat kenderaan WWW 1 mencipta rekod baru.  Semua orang kecoh apabila  nombor pendaftaran WWW 1 mendapat bidaan yang mencipta rekod tersendiri apabila bidaan setinggi RM 520,000.00 (dalam hati ..WOWWWW..kagum) oleh DYMM Sultan Johor. 

No Plate WWW1 Plat Number WWW1 Bernilai RM520,000 Milik Proton Satrio Neo. PATRIOTIK?
Amacam??? Korang mesti ingat WWW 1 ni untuk Lamborgini kan.. anda silap.
 

Proton Satria Neo Sultan Ibrahim Plat Number WWW1 Bernilai RM520,000 Milik Proton Satrio Neo. PATRIOTIK?
Sultan Johor WWW1 Plat Number WWW1 Bernilai RM520,000 Milik Proton Satrio Neo. PATRIOTIK?

Selepas kecohnya mengenai pemilikan WWW 1 oleh SUltan Johor (Sultan Ibrahim), sudah kedengaran hasrat Sultan Johor mahu menggunapakai plat nombor tersebut untuk salah sebuah kereta nasional yang dimiliki baginda (cayalah Tuanku!). 

Sultan Johor sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai koleksi kereta- kereta mewah seperti Bugatti Veyron, Lamborgini Murcielago LP 640, Ford F650 SuperTruck dan mcam- macam lagi la. (payah benor aku nak taip kat sini.. korang carik la sendiri). 

p:s- Ape- ape pun, kita tak payah la nak kecoh- kecoh, sebab baginda tidak pakai duit kita pun. itu duit dia sendiri. peace yooo ;D